Tuesday 12 June 2012

Sejarah Nasi Ambeng

Sejarah Nasi Ambeng bermula apabila masyarakat Jawa yang berasal dari  Tanah Jawa Indonesia berhijrah ke Tanah Melayu Malaysia sekitar tahun 1890 - 1900 yang kini telah menjadi warga Malaysia. Nasi Ambeng merupakan makanan tradisi
masyarakat Jawa semasa mengadakan kenduri perkahwinan, kelahiran, doa selamat dan sebagainya.

Nasi Ambeng akan dihidangkan didalam sebuah dulang besar (talam) dengan di lengkapi lauk-pauk asli Jawa terdiri daripada serunding kelapa, ikan kering jenis bulu ayam (gereh bulu ayam), kacang tanah, sambel goreng (tauhu, tempe, kentang & suhun), lauk utamanya ayam masak kicap dan sayuran kacang panjang. Satu hidangan (talam) Nasi Ambeng biasanya untuk keperluan 5-6 orang. Pada majlis kenduri biasanya ia dibahagi rata untuk dibawa pulang oleh tetamu dan dimakan bersama keluarga.


Konsep nasi ambeng amatlah unik dimana ianya menerapkan persepakatan dan perpaduan dalam kekeluargaan dan kemasyarakatan tidak mengira pangkat dan darjat. Tiada beza membeza jenis makanan bagi simiskin atau sikaya.


Tetapi kini akibat transformasi permodenan sudah terlalu banyak teknik dan gaya Nasi Ambeng diubah suai termasuk tradisi majlis. Segalanya akibat ikut-ikutan yang kurang releven. Konsep pemuafakatan dan persepakatan kian pudar dan pupus. Segalanya kerana inginkan sesuatu yang pantas dan berjenama, tetapi sebenarnya ia mengorbankan nilai positif sesuatu masyarakat, komuniti itu sendiri secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment